Friday, February 28, 2020

Diploma

Ok, opsss. Assalamualaikum gais. Aku baru perasan buku nota yang aku catat maklumat untuk buat blog ni aku tertinggal kat rumah, so aku tak boleh nak terus update content bagi menyambung tajuk yang lepas. Then, i decided to start cerita pasal diploma dululah lagipun aku sendiri ambil diploma.

Ok, diploma ni korang akan habis dalam 2.5 atau 3 tahun. Depends on your course. Kos aku 2.5 tahun je. Aku ambil Diploma Teknologi Makanan. Hmm, apa lagi eh aku nak cite sebelum aku cite secara detail pasal diploma ni. Haaa aku ambil diploma dekat UiTM. UiTM mana memang tidaklah aku nak expose. So, content kali ni aku cite pasal perjalanan diploma dekat UiTM sahaja. Kenapa? Sebab aku takde kawan yang ambil diploma dekat IPTA lain. Ok, jom!

First, masa belajar di UiTM bagi pelajar diploma, pelajar iajazah sama sahaja iaitu satu semester ada 14 minggu sahaja, seminggu untuk study week dan 3 minggu untuk minggu peperiksaan. So basically, satu sem 17 minggu je. Ye, tak lama. Pejam celik pejam celik habis sudah satu semester.

Ha, korang jangan ingat korang akan masuk uni ni, korang takde dah koko semua. Sorry. Mende tu still ada cuma dekat UiTM diaorg panggil HBU. Tapi HBU ni takde lah macam koko sekolah yang kau kena join kelab, sukan and unit beruniform bagai. HBU ni korang cuma kena join unit berunifrom sahaja. Macam UiTM aku, kitaorg ada PBSM, Bomba, Kesatria, Pertahanan Awam, apa tah lagi. Sorrylah, aku mengantuk sebenarnya. Ok, so HBU ni memang wajib join ye adik-adik. HBU ni seminggu sekali. Start 5 petang sehingga 7 malam. Sampai bila ye HBU ni? Sampai sem 3 adik-adik sekalian.

Untuk pelajar semester satu, korang akan ada pertandingan kawad lawan antara unit beruniform yang lain. Apa tah nama aktiviti tu. Seronok lah jugak sebab kau akan bersaing kawad antara kawan-kawan korang. Yang tak seronok sikit adalah, sepanjang latihan kawad korang nanti akan diketuai oleh komander-komander yang dilantik, based on experience aku sendiri, komander kitaorg suka buat latihan kawa d malam-malam. Yelah siang semua busy kelas, so malam jelah masa untuk latihan kawad. So, nak tak nak hadp jelah kan. Nak menang. Hmmm. It's okay. It was such wonderful experience. Naik sem 2 nanti takde dah pertandingan kawad.

Pemakian pelajar diploma ni ikut suka hati kau lah nak pakai pergi kelas asalkan sopan. Tapi macam UiTM aku, hari Isnin wajib pakai baju kurung untuk pelajar perempuan, kemeja untuk pelajar lelaki. Untuk hari-hari yang lain, tak kesah pun nak pakai apa asalkan sopan. Ha sebenarnya pihak UiTM dah tetapkan syarat pemakaian mengikut Sasiah Rupa Diri (SRD). Kena pakai kasut lah setiap hari, apatah lagi. Tapi, takpe. Takde siapa pun yang akan judge kau nanti.😂 Tapi, kalau korang dah start sambung belajar nanti, tetiba korang kena tegur ke, jangan salahkan aku pulak. Aku cerita based on experience aku sahaja. Tapi, aku rasa takde siapa yang kesah apa yang kau nak pakai.

Ok, apa lagi yang boleh aku cerita hmmm. Haaa, untuk pelajar semester satu korang akan dapat kolej untuk duduk punya lah. Yelah kan budak baru. Sepanjang 14 minggu belajar, kelab-kelab yang ada dekat UiTM korang tu mesti adakan banyak aktiviti punya. Korang kena aktif lah join kalau korang bukan yang mengendalikan aktiviti tu. Sebab apa? Sebab setiap aktiviti yang korang join, korang akan dapat kupon. Untuk apa kena kumpul kupon? Untuk permohonan kolej bagi semester dua. Lebih banyak kupon yang korang kumpul, lebih tinggi lah peluang yang korang akan dapat kolej. Well, it depends on your luck too! Aku tak ckp 100% yang bila korang kumpul banyak kupon, semester seterusnya korang mesti akan dapat kolej. Sebab bila korang kupon tu, korang kena kira berapa banyak markah yang korang dapat daripada hasil pengumpulan kupon korang tu. Faham tak?😅

Takpelah, aku rasa dah cukup panjang dah untuk content kali ni. Aku mengantuk gila. Bye. Goodnight💓

No comments:

Post a Comment

Hati-hati dengan Scammer

 Assalamualaikum, hi. So, dah lama aku tak update blog sendiri. Alasan? Ye, apa lagi? Aku malas. Lagipun takde siapa pun tengok blog aku. hm...