Assalamualaikum, hi. Kita jumpa lagi. Hari ni aku nak dedahkan korang dengan hala tuju yang korang boleh teruskan selepas dapat keputusan SPM. Ok, mari kita mula!
Ok, korang mesti dah familiar keempat-empat jenis pendidik yang ditawarkan. Kan? Ok takpe, aku masih nak jelaskan dan nak korang faham konsep setiap keempat-empat tersebut. Oh! Mungkin ada antara korang yang tahu ada jalan lain selain sambung pendidikan yang aku tertera dekat atas, mungkin ya. Tapi aku cuma nak fokuskan yang kita selalu familiar sahaja. Yang lain tu, korang google lah sendiri.π
STPM adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. STPM ni korang masih pergi sekolah tau. Untuk siapa yang tak tahu, untuk melanjutkan STPM korang tak perlu pun memohon, sebab dia automatik masuk dalam sistem. STPM ni setahun setengah sahaja.
Next, untuk asasi dan matriks pula korang kena mohon lah. Untuk asasi, korang kena mohon dekat UPU. Tetapi, untuk matriks korang kena beli nombor pin dia dekat BSN, tak silap kena daftar dekat laman web dia tak silap. Aku pun dah tak ingat maafkan saya.π
Takpe, nanti diaorg hebah-hebahkan korang kena alert jelah.π Ok, asasi dan matriks ni setahun je tau.
Ha! Untuk korang yang tak tahu lagi tu, lepas korang mohon matriks, kalau korang tak layak untuk matriks, korang automatik dapat STPM. Jangan lah sedih kalau tak dapat matriks, banyak lagi pilihan untuk korang pilih. Jangan sedih-sedih k?π Atau, untuk yang layak matriks, korang akan automatik tak layak untuk STPM. Yelah, kalau korang layak matriks dan STPM, dia macam tak bagi chance lah dekat orang lain. Kesian lah jugak kat member korang yang tak dapat matriks. Dan aku suggestkan korang untuk mohon je matriks tu tau walaupun kau nak sambung STPM. At least kau cuba je. Mungkin nanti kau menyesal ke tak mohon matriks. Lepas kau mohon matriks, kau memang nak sambung STPM jugak, kau boleh je cancel kan untuk sambung matriks, lepas tu buat permohonan untuk sambung STPM. Ok? Faham tak? So, lepas dah faham ni, korang buat lah keputusan korang dengan elok-elok ehhhh.π
Ok, lastly, diploma. Diploma ni depends on kos yang korang ambil tau. Ada kos yang korang akan habiskan diploma dalam masa 2.5 atau 3 tahun. So, korang kena tahu lah, jangan lah nanti korang terkejut pulak. Lepastu ada kos yang perlu korang buat praktikal. Jadi, semua tu korang kena buat research untuk tahu.
Next, aku nak bagitahu kenapa diploma ni panjang. Diploma ni ada yang sampai 2.5 atau 3 tahun sebab habis sahaja diploma, sijil diploma korang boleh digunakan untuk interview kerja. Tapi, untuk sijil asasi dan matriks tak boleh, so diaorg bila dah habis ijazah, baru diaorg boleh guna sijil ijazah diaorg untuk kerja. Jadi, sebab itulah kenapa diploma lama.
Untuk STPM, lepas habis STPM, korang boleh dah cari kerja guna sijil STPM, tapi kena jugak tengok syarat kelayakan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Sebab ada je syarikat yang nak pekerja yang dari kelulusan STPM.
Tapi bagi aku lah, zaman sekarang susah nak cari kerja, sebab ramai manusia je syarikat yang syarat kelayakkan nak pekerjanya at least ada kelulusan ijazah, jadi aku rasa korang patut sambung sampai ijazah. Kalau boleh setinggi pendidikan yang bolehπ
Jadi, itu jelah yang aku nak sampaikan sekarang. Untuk content seterusnya, stay tuned gais. Bye.π
No comments:
Post a Comment