Thursday, February 13, 2020

Idea untuk Mulakan Blog

Assalamualaikum, Hi. Sebenarnya aku dapat idea untuk buat blog tentang hala tuju untuk budak lepasan SPM ni sebelum aku tidur. HAHAHA dan aku sangat teruja untuk mulakan blog ni and sebenarnya sampai aku tak boleh tidur tapi aku tetap nak tidur sebab aku tak nak tengok result untuk sem 1, takut. Ye, aku baru sahaja habis sem1 aku dan aku akan start sem2 aku seminggu sahaja lagi.

Dalam blog aku ni, aku nak kenalkan dekat korang budak-budak lepasan SPM ada apa je hala tuju korang lepas SPM. Mungkin ada antara korang dah tahu hala tuju korang, kos apa korang nak ambil nanti, tapi ada yang tidak. Macam aku lepas SPM, aku sangat clueless nak sambung kos apa, dekat mana, tak tahu hala tuju sendiri, tak tahu nak buat apa, tak tahu nak start dari mana. So, sekarang aku dah faham dan tahu macam mana hala tuju lepas SPM ni, aku harap sedikit sebanyak dapat tolong korang :) in syaa allah aminn....

No comments:

Post a Comment

Hati-hati dengan Scammer

 Assalamualaikum, hi. So, dah lama aku tak update blog sendiri. Alasan? Ye, apa lagi? Aku malas. Lagipun takde siapa pun tengok blog aku. hm...