Thursday, February 13, 2020

Apa yang aku buat lepas SPM

First of all, aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan taniah dekat korang semua yang baru sahaja habis SPM! Nikmatilah cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. Tidurlah kamu semua dengan sepuas-puasnya๐Ÿ˜‚ Tapi aku nak ingatkan ni, sebelum tibanya hari keputusan SPM, korang semua kena get ready mental dan fizikal korang, yelah kita semua mengharapkan yang baik-baik sahaja, tapi kadang-kadang kita tidak tahu apa rezeki apa yang kita akan dapat. Kadang-kadang ia diluar jangkaan kita๐Ÿ˜Š Tapi takpe, asalkan kita dah usaha sebaik mungkin.๐Ÿ˜˜

Ok! Bagi aku untuk bulan pertama lepas habis SPM ni, korang boleh lah nak lepak semua ni, tapi dah masuk bulan kedua, aku harap korang dah mula buat research tentang hala tuju korang, so bila result SPM dah keluar, korang dah tahu apa yang korang nak buat lepas tu. Oklah macam aku kan lepas SPM, bulan Februari aku dah start buat research sebab selalunya result SPM keluar bulan Mac kan. So, aku buat lah reseacrh tentang jenis pendidikan yang ditawarkan dekat Malaysia ni lepas SPM.

Aku rasa korang semua familiar dengan matriks, asasi, STPM dengan diploma. Macam aku, aku selalu dengar daripada banyak pihak yang cakap diploma lah yang paling rilek. Matriks dengan asasi agak stress. Sebab setahun. Itu apa yang aku dengar dan apa yang aku faham. Jadi, lepas SPM aku memang dah tetapkan dalam diri aku, aku nak sambung diploma, yang lain? Yang lain aku masih mohon. Tapi, aku mohon untuk jadikan plan back up aku kalau aku tak dapat diploma. Yelah sebab keputusan matriks keluar dulu sebelum diploma.

Untuk diploma, aku start buat research tentang kos-kos yang ada dekat UiTM berkaitan dengan pelajar sains tulen sebab aku pelajar sains tulen. Kalau korang malas, korang tunggu lah nanti masa nak mohon UPU, ada tertera senarai kos yang tersenarai. Dari situ korang pilihlah yang menarik perhatian korang. Nanti masa mohon UPU, korang kena senaraikan 12 kos yang menjadi pilihan korang.

 Kenapa UiTM? Sebab yuran UiTM adalah antara universiti yang yurannya paling murah. Dan UiTM adalah dibina untuk melahirkan lebih ramai orang melayu yang berguna, dapat berbakti kepada negara, dan sebab tulah aku pilih UiTM. Nampak macam klishe je jawapan aku, tapi inilah betul-betul sebab kenapa aku pilih UiTM. Dan aku sedar aku sendiri bukan seorang yang rajin belajar jadi aku cenderung untuk memilih UiTM daripada UM, UIA. Korang pun mesti tahu nak mohon UM dengan UIA result SPM korang kena gempak. Jadi aku tak mampu dan aku sedar dari awal.๐Ÿ˜‚

Next, selepas aku jumpa kos yang menarik perhatian aku, aku start buat research subjek-subjek yang akan aku belajar untuk setiap kos bagi setiap semester. Disebabkan aku nekad nak sambung dekat UiTM, jadi masa aku buat research untuk subjek setiap kos, aku akan tambah UiTM dekat belakang. Aku insert gambar seperti yang tertera di bawah sebab aku takut korang pening๐Ÿ˜† :
 Tapi, tak semua kos yang aku berminat ada senarai subjek bagi setiap semester. Jadi, korang kena rajin dan gigih lah buat research. Lepas dah jumpa, aku catatkan dalam buku nota yang tidak digunakan. Kenapa aku catat semua perkara tersebut? Sebab masa mohon UPU nanti, aku nak bandingkan antara banyak-banyak kos yang aku minat mana yang aku lebih layak, lebih berminat dan lebih aku suka untuk belajar. Dengan cara macam ni lebih senang untuk kita target hala tuju kita.

Ha lepas aku dah senaraikan subjek-subjek untuk setiap kos yang aku pilih, aku search pulak UiTM mana yang menawarkan kos-kos yang aku nak. Lepas tu aku catat dekat kos-kos yang berkaitan. Sebab dekat UPU nanti, dia tak keluar pon UiTM mana yang ada kos yang kita nak. Jadi, kita sendiri kena cari dan bersiap sedia untuk dicampak ke mana-mana UiTM di seluruh Malaysia.

Dan lepas result SPM aku keluar, aku dah bersiap sedia untuk mohon UPU sedangkan ramai kawan-kawan aku masih lagi buntu untuk mohon UPU. Jadi, aku harap sangat sedikit sebanyak pengalaman aku ni dapat membuka mata korang, budak lepasan SPM apa yang patut korang buat lepas menunggu keputusan SPM. ๐Ÿ’™



No comments:

Post a Comment

Hati-hati dengan Scammer

 Assalamualaikum, hi. So, dah lama aku tak update blog sendiri. Alasan? Ye, apa lagi? Aku malas. Lagipun takde siapa pun tengok blog aku. hm...