Thursday, August 20, 2020

Hati-hati dengan Scammer

 Assalamualaikum, hi. So, dah lama aku tak update blog sendiri. Alasan? Ye, apa lagi? Aku malas. Lagipun takde siapa pun tengok blog aku. hmm. 

Kenapa aku update pulak blog hari ni? Hmmmm.... aku sedih dengan diri aku sendiri. Aku baru mula jadi dropship tudung, kononnya nak tambah duit poket belajar. Maklumlah student kan selalu broke. Dahlah customer takde sangat, tapi tetiba hari ni kena tipu dengan scammer. 

haha. i thought she is a customer. punyalah aku happy, yelah setelah sekian lama tak dapat customer, sedih. tapi...... kena tipu. nasib RM300 je kalau tak, dia nak suruh aku bank in RM500. omg husna. sedih betul hidup kau. dah lah duit tu untuk bayar yuran kolej sem depan. manalah aku nak cari kerja yang boleh cover balik RM300 aku. Tolong lah aku ya allah. Aku mohon sangat petunjuk mu. 

mungkin salah aku jugak. makin hari makin jauh daripada dia, so dia pun turunkanlah ujian untuk aku. hidup ni jangan selalu mendongak ke atas, kadang2 kita kena pandang bawah. so, untuk korang yang dengar luar sana, yang baru mula business, hati2 lah bila dapat email entah pape, try send 'hi' atau apa2 dekat email tu, sebab sebenarnya email tu tak wujud pun sebenarnya haha. 

untuk kau, scammer aku hari ni, taniah dapat memperdayakan aku. terima kasih. enjoy the money. aku haramkan setiap sen yang kau spend on my money. aku harap kau hidup tak akan pernah tenang. goodluck! 

Saturday, May 2, 2020

Diploma Teknologi Makanan

Assalamualaikum, hi. So, hari ni aku nak cerita serba sikit tentang diploma teknologi makanan. Ok, bagi yang rasa tertarik boleh teruskan baca.๐Ÿ˜Ž

Ok, diploma teknologi makanan ni korang akan belajar apa? Hmmm. Korang selalu kan makan snicker, kitkat kan? So, sebagai seorang pelajar diploma teknologi makanan, korang akan belajar dari luar plastik snicker tu sampai apa yang ada dalam isi kandungan snicker tu. Faham? Jadi, kita akan belajar dari mana sumber makanan tu datang, proses makanan, kandungan makanan, nutrisi makanan, raw material makanan, halal ke tak makan tu. Basically banyak yang kau akan belajar sebenarnya. Ok lah aku tunjuk subjek apa yang korang akan belajar tapi ni untuk UiTM student tau. Kalau u lain aku tak sure lah sama ke tak subjek yang korang yang akan ambil.


So basically macam korang tengok, kos ni korang akan belajar empat sem sahaja ye. Lagi satu sem tu korang akan buat praktikal. So, selama dua sem dah aku belajar ni, seronok sebenarnya jadi budak food tech ni. Nak tahu tak? Kos ni pun banyak peluang pekerjaan tau. So, korang janganlah sedih bila korang dapat kos ni tau? ๐Ÿ˜‰

Next, aku nak terang sikit tentang sem 1 ni supaya korang siap sedia lah๐Ÿ˜‚ OoooOoookkk, untuk subjek sem1 not bad. Subjek pre-calculus tu sama je dengan addmath f4-f5, tapi bagi aku senang lagi pre-calculus, so jangan risau lah. Dah masuk u ni, nanti korang akan rasa pre-calculus tu senang je.๐Ÿ˜‚

Untuk subjek UED pulak, macam UiTM aku, kitaorang belajar masa interim, so lepas naik sem kitaorang kiranya dah tolak satu subjeklah. Tapi depends on UiTM jugak kot. Entahlah. Basically masa UED, korang akan belajar how to manage your time, buat jadual belajar, jadual harian. Haa, macam tu je, takde apa sangat.

subjek CTU pulak korang akan belajar agama. Sama je macam agama sekolah menengah. Takde beza. Yang beza pun korang kena tasmid surah yassin ayat 1-20, yang lain aku rasa sama je.

ELC pulak korang belajar bahasa inggeris. Tapi untuk budak sem1, korang diberi peluang untuk ambil test english, tapi kena bayar tau, tak wajib pun, jangan risau. Tapi kalau korang ambil test tu, pass dengan markah yang ditetapkan, korang boleh drop subjek ELC ni. Tapi untuk sem satu je, untuk sem seterusnya korang tetap kena ambil jugak๐Ÿ˜„ Untuk opinion aku, give a try apa salahnya kan? Mana tahu rezeki korang, korang pass, boleh drop satu kos. Lagi banyak masa korang rehat hehehe๐Ÿ˜—

subjek CHM, korang akan belajar chemistry sekolah menengah jugak tapi ada lah jugak ilmu-ilmu baru yang korang akan dapat. Tapi basically bagi aku sama je macam chemist sekolah menegah. :) dia macam korang buat revision balik๐Ÿ˜‚

Ok, untuk last tiga subjek tu totally subjek baru bagi korang. Untuk ISH, korang akan belajar tentang halal haram tentang makanan, haaa macam tulah. Untuk test, exam subjek ni susah sikit๐Ÿ˜… sebab korang kena hafal hadis atau ayat-ayat quran yang berkaitan dengan halal haram makanan, sebab masuk exam ye๐Ÿ˜

MIC pulak hmmm aku nak ucapkan GOODLUCK dulu lah๐Ÿ˜š subjek ni memang susah, banyak hafal. Kalau korang dapat lect yang pandai mengajar, untunglah harap korang skor exam. Macam aku, aku dapat lect yang baru first time mengajar, hmmm.. faham-faham jelah ye? Tapi aku nasihatkan korang, tak faham terus tanya lect tau, rujuk diaorg, kalau tak korang akan terkial-kial sampai hujung chapter.

Ok, last last, untuk subjek FST, korang akan belajar tentang nutrisi makanan. Hmmm, tak susah, tapi kena banyak menghafal. Itu sahaja. Biasalah sains kan, hafal jelah kerja kau๐Ÿ˜‚ so, hafal, dan hafal, dan hafal. exam untuk subjek ni senang je, don't worry๐Ÿ˜Ž

secara ringkasnya aku simpulkam, untuk sem1, boleh je korang nak skor dekan. serius, even though ada subjek yang susah, tapi korang kenalah skor tinggi dekat subjek yang senang, dan subjek yang agak payah tu korang jangan sampai skor rendah sangat, sebab nanti akan effect korang punya pointer.

So, kepada sesiapa yang dekat luar sana tu, dapat kos ni, jangan risau. Kos ni seronok, serius. Takdelah susah mana. Alaaaa, setiap kos ada tahap kesusahan sendiri, kan? Biasalah hidup tak selalunya indah ye bukan? Jadi, syukurlah dapat sambung belajar, ada sesetengah tu tak dapat pun sambung belajar dekat u tau? ok, byeeee. stay tuned untuk blog seterusnya๐Ÿ˜œ

Saturday, April 11, 2020

The reason why

Assalamualaikum semua. Hi. Ok disebabkan sekarang tengah musim RMO, let me share with you guys the reason why i choose to further my study in diploma teknologi makanan.

Ok, the very very first reason adalah aku taknak masuk matriks. Semua aku duduk kuantan. Kalau aku masuk matriks, aku akan jumpa kawan-kawan aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Aku tak nak. Sebab apa? Sebab aku nak jumpa orang baru, aku nak kenal dengan lebih banyak manusia. Yelah, better pergi matriks kan, dapat sambung belajar dengan member sekolah. Ingat, nanti degree berpisah jugak. Masing-masing nak buat haluan sendiri kejar impian diaorg jadi beza cepat dan lambat je.

The second reason is sebab aku malas struggle. Masuk matriks, belajar setahun. Pastu kena struggle dengan pointer kau, untuk kau masuk kos yang bagus yang kau nak untuk degree. Kalau tak, mungkin chances yang kau layak untuk sambung kos yang kau tu nak rendah. Aku jenis yang malas nak struggle, jenis lepak je kalau belajar. Kita tahu macam mana diri kita so aku pilih untuk tidak teruskan perjalanan aku dalam matriks.

Tapi, jangan ingat diploma ini rilek. Tak jugak. Setiap perjalanan kita dalam belajar ni payah. Diploma pun ada struggle dia jugak. Sama je. Cuma takde lah sestruggle budak matriks yang belajar setahun tu. Ok?

Reason ketiga kenapa aku pilih diploma teknologi makanan adalah sebab aku tak tahu nak sambung kos apa untuk diploma๐Ÿ˜›๐Ÿ˜‚ Tapi sebenarnya kos ni pun kakak aku suggestkan. Dia kata menarik sebab dia tengok kawan-kawan dia cipta makanan, asyik makan. So, lepas dengar, aku pun buat research banyak tak pekerjaan dalam bidang ni. Alhamdulillah banyak gila. Lepas tu, aku pun google lagi susah tak subjek-subjek yang kena belajar. Hmmm, not bad. So, disebabkan tu lah aku on je.

Reason keempat adalah disebabkan aku nak sambung kos yang ada subjek sains tapi tak nak kos yang ada subjek fizik๐Ÿ˜… So, masa aku google, aku tengok kos ni takde subjek fizik, jadi aku pun lebih tertarik untuk pilih kos ni.

Ok, the last reason why i chose this course is because of food. Kita makan setiap hari. Kita makan apa je kita nak, kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita makan, dari mana sumber dia, macam mana makanan tersebut diproses. So, disbebakan tu lah, aku menarik untuk sambung kos ni. Jadi, bagi aku takde lah bosan ke belajar pasal makanan, yelah sebab makanan dekat dengan hati aku cause i love to eat๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜

Jadi, setelah lima sebab yang aku nyatakan kenapa aku pilih kos diploma teknologi makanan, aku harap korang budak lepasan spm, tahulah the reason why korang pilih kos yang kau isi dalam upu. Tetapkan hati korang. Tahu kelemahan kelebihan diri. You what you want to achieve. And don't make mistake. In syaa allah, aku doakan korang pilih jalan yang betul untuk masa depan korang. ๐Ÿ˜‰ Aminn. Yang mana nak tahu atau tertarik dengan diploma teknologi makanan, boleh lah korang teruskan baca next blog aku k? Stay tuned๐Ÿ’“

Friday, February 28, 2020

Diploma

Ok, opsss. Assalamualaikum gais. Aku baru perasan buku nota yang aku catat maklumat untuk buat blog ni aku tertinggal kat rumah, so aku tak boleh nak terus update content bagi menyambung tajuk yang lepas. Then, i decided to start cerita pasal diploma dululah lagipun aku sendiri ambil diploma.

Ok, diploma ni korang akan habis dalam 2.5 atau 3 tahun. Depends on your course. Kos aku 2.5 tahun je. Aku ambil Diploma Teknologi Makanan. Hmm, apa lagi eh aku nak cite sebelum aku cite secara detail pasal diploma ni. Haaa aku ambil diploma dekat UiTM. UiTM mana memang tidaklah aku nak expose. So, content kali ni aku cite pasal perjalanan diploma dekat UiTM sahaja. Kenapa? Sebab aku takde kawan yang ambil diploma dekat IPTA lain. Ok, jom!

First, masa belajar di UiTM bagi pelajar diploma, pelajar iajazah sama sahaja iaitu satu semester ada 14 minggu sahaja, seminggu untuk study week dan 3 minggu untuk minggu peperiksaan. So basically, satu sem 17 minggu je. Ye, tak lama. Pejam celik pejam celik habis sudah satu semester.

Ha, korang jangan ingat korang akan masuk uni ni, korang takde dah koko semua. Sorry. Mende tu still ada cuma dekat UiTM diaorg panggil HBU. Tapi HBU ni takde lah macam koko sekolah yang kau kena join kelab, sukan and unit beruniform bagai. HBU ni korang cuma kena join unit berunifrom sahaja. Macam UiTM aku, kitaorg ada PBSM, Bomba, Kesatria, Pertahanan Awam, apa tah lagi. Sorrylah, aku mengantuk sebenarnya. Ok, so HBU ni memang wajib join ye adik-adik. HBU ni seminggu sekali. Start 5 petang sehingga 7 malam. Sampai bila ye HBU ni? Sampai sem 3 adik-adik sekalian.

Untuk pelajar semester satu, korang akan ada pertandingan kawad lawan antara unit beruniform yang lain. Apa tah nama aktiviti tu. Seronok lah jugak sebab kau akan bersaing kawad antara kawan-kawan korang. Yang tak seronok sikit adalah, sepanjang latihan kawad korang nanti akan diketuai oleh komander-komander yang dilantik, based on experience aku sendiri, komander kitaorg suka buat latihan kawa d malam-malam. Yelah siang semua busy kelas, so malam jelah masa untuk latihan kawad. So, nak tak nak hadp jelah kan. Nak menang. Hmmm. It's okay. It was such wonderful experience. Naik sem 2 nanti takde dah pertandingan kawad.

Pemakian pelajar diploma ni ikut suka hati kau lah nak pakai pergi kelas asalkan sopan. Tapi macam UiTM aku, hari Isnin wajib pakai baju kurung untuk pelajar perempuan, kemeja untuk pelajar lelaki. Untuk hari-hari yang lain, tak kesah pun nak pakai apa asalkan sopan. Ha sebenarnya pihak UiTM dah tetapkan syarat pemakaian mengikut Sasiah Rupa Diri (SRD). Kena pakai kasut lah setiap hari, apatah lagi. Tapi, takpe. Takde siapa pun yang akan judge kau nanti.๐Ÿ˜‚ Tapi, kalau korang dah start sambung belajar nanti, tetiba korang kena tegur ke, jangan salahkan aku pulak. Aku cerita based on experience aku sahaja. Tapi, aku rasa takde siapa yang kesah apa yang kau nak pakai.

Ok, apa lagi yang boleh aku cerita hmmm. Haaa, untuk pelajar semester satu korang akan dapat kolej untuk duduk punya lah. Yelah kan budak baru. Sepanjang 14 minggu belajar, kelab-kelab yang ada dekat UiTM korang tu mesti adakan banyak aktiviti punya. Korang kena aktif lah join kalau korang bukan yang mengendalikan aktiviti tu. Sebab apa? Sebab setiap aktiviti yang korang join, korang akan dapat kupon. Untuk apa kena kumpul kupon? Untuk permohonan kolej bagi semester dua. Lebih banyak kupon yang korang kumpul, lebih tinggi lah peluang yang korang akan dapat kolej. Well, it depends on your luck too! Aku tak ckp 100% yang bila korang kumpul banyak kupon, semester seterusnya korang mesti akan dapat kolej. Sebab bila korang kupon tu, korang kena kira berapa banyak markah yang korang dapat daripada hasil pengumpulan kupon korang tu. Faham tak?๐Ÿ˜…

Takpelah, aku rasa dah cukup panjang dah untuk content kali ni. Aku mengantuk gila. Bye. Goodnight๐Ÿ’“

Saturday, February 15, 2020

Asasi? Matriks? STPM? Diploma?

Assalamualaikum, hi. Kita jumpa lagi. Hari ni aku nak dedahkan korang dengan hala tuju yang korang boleh teruskan selepas dapat keputusan SPM. Ok, mari kita mula!

Ok, korang mesti dah familiar keempat-empat jenis pendidik yang ditawarkan. Kan? Ok takpe, aku masih nak jelaskan dan nak korang faham konsep setiap keempat-empat tersebut. Oh!  Mungkin ada antara korang yang tahu ada jalan lain selain sambung pendidikan yang aku tertera dekat atas, mungkin ya. Tapi aku cuma nak fokuskan yang kita selalu familiar sahaja. Yang lain tu, korang google lah sendiri.๐Ÿ˜Š

STPM adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. STPM ni korang masih pergi sekolah tau. Untuk siapa yang tak tahu, untuk melanjutkan STPM korang tak perlu pun memohon, sebab dia automatik masuk dalam sistem. STPM ni setahun setengah sahaja.

Next, untuk asasi dan matriks pula korang kena mohon lah. Untuk asasi, korang kena mohon dekat UPU. Tetapi, untuk matriks korang kena beli nombor pin dia dekat BSN, tak silap kena daftar dekat laman web dia tak silap. Aku pun dah tak ingat maafkan saya.๐Ÿ˜… Takpe, nanti diaorg hebah-hebahkan korang kena alert jelah.๐Ÿ˜‰ Ok, asasi dan matriks ni setahun je tau.

Ha! Untuk korang yang tak tahu lagi tu, lepas korang mohon matriks, kalau korang tak layak untuk matriks, korang automatik dapat STPM. Jangan lah sedih kalau tak dapat matriks, banyak lagi pilihan untuk korang pilih. Jangan sedih-sedih k?๐Ÿ˜š Atau, untuk yang layak matriks, korang akan automatik tak layak untuk STPM. Yelah, kalau korang layak matriks dan STPM, dia macam tak bagi chance lah dekat orang lain. Kesian lah jugak kat member korang yang tak dapat matriks. Dan aku suggestkan korang untuk mohon je matriks tu tau walaupun kau nak sambung STPM. At least kau cuba je. Mungkin nanti kau menyesal ke tak mohon matriks. Lepas kau mohon matriks, kau memang nak sambung STPM jugak, kau boleh je cancel kan untuk sambung matriks, lepas tu buat permohonan untuk sambung STPM. Ok? Faham tak? So, lepas dah faham ni, korang buat lah keputusan korang dengan elok-elok ehhhh.๐Ÿ˜Ž

Ok, lastly, diploma. Diploma ni depends on kos yang korang ambil tau. Ada kos yang korang akan habiskan diploma dalam masa 2.5 atau 3 tahun. So, korang kena tahu lah, jangan lah nanti korang terkejut pulak. Lepastu ada kos yang perlu korang buat praktikal. Jadi, semua tu korang kena buat research untuk tahu.

Next, aku nak bagitahu kenapa diploma ni panjang. Diploma ni ada yang sampai 2.5 atau 3 tahun sebab habis sahaja diploma, sijil diploma korang boleh digunakan untuk interview kerja. Tapi, untuk sijil asasi dan matriks tak boleh, so diaorg bila dah habis ijazah, baru diaorg boleh guna sijil ijazah diaorg untuk kerja. Jadi, sebab itulah kenapa diploma lama.

Untuk STPM, lepas habis STPM, korang boleh dah cari kerja guna sijil STPM, tapi kena jugak tengok syarat kelayakan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Sebab ada je syarikat yang nak pekerja yang dari kelulusan STPM.

Tapi bagi aku lah, zaman sekarang susah nak cari kerja, sebab ramai manusia je syarikat yang syarat kelayakkan nak pekerjanya at least ada kelulusan ijazah, jadi aku rasa korang patut sambung sampai ijazah. Kalau boleh setinggi pendidikan yang boleh๐Ÿ˜‰

Jadi, itu jelah yang aku nak sampaikan sekarang. Untuk content seterusnya, stay tuned gais. Bye.๐Ÿ˜œ

Thursday, February 13, 2020

Apa yang aku buat lepas SPM

First of all, aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan taniah dekat korang semua yang baru sahaja habis SPM! Nikmatilah cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. Tidurlah kamu semua dengan sepuas-puasnya๐Ÿ˜‚ Tapi aku nak ingatkan ni, sebelum tibanya hari keputusan SPM, korang semua kena get ready mental dan fizikal korang, yelah kita semua mengharapkan yang baik-baik sahaja, tapi kadang-kadang kita tidak tahu apa rezeki apa yang kita akan dapat. Kadang-kadang ia diluar jangkaan kita๐Ÿ˜Š Tapi takpe, asalkan kita dah usaha sebaik mungkin.๐Ÿ˜˜

Ok! Bagi aku untuk bulan pertama lepas habis SPM ni, korang boleh lah nak lepak semua ni, tapi dah masuk bulan kedua, aku harap korang dah mula buat research tentang hala tuju korang, so bila result SPM dah keluar, korang dah tahu apa yang korang nak buat lepas tu. Oklah macam aku kan lepas SPM, bulan Februari aku dah start buat research sebab selalunya result SPM keluar bulan Mac kan. So, aku buat lah reseacrh tentang jenis pendidikan yang ditawarkan dekat Malaysia ni lepas SPM.

Aku rasa korang semua familiar dengan matriks, asasi, STPM dengan diploma. Macam aku, aku selalu dengar daripada banyak pihak yang cakap diploma lah yang paling rilek. Matriks dengan asasi agak stress. Sebab setahun. Itu apa yang aku dengar dan apa yang aku faham. Jadi, lepas SPM aku memang dah tetapkan dalam diri aku, aku nak sambung diploma, yang lain? Yang lain aku masih mohon. Tapi, aku mohon untuk jadikan plan back up aku kalau aku tak dapat diploma. Yelah sebab keputusan matriks keluar dulu sebelum diploma.

Untuk diploma, aku start buat research tentang kos-kos yang ada dekat UiTM berkaitan dengan pelajar sains tulen sebab aku pelajar sains tulen. Kalau korang malas, korang tunggu lah nanti masa nak mohon UPU, ada tertera senarai kos yang tersenarai. Dari situ korang pilihlah yang menarik perhatian korang. Nanti masa mohon UPU, korang kena senaraikan 12 kos yang menjadi pilihan korang.

 Kenapa UiTM? Sebab yuran UiTM adalah antara universiti yang yurannya paling murah. Dan UiTM adalah dibina untuk melahirkan lebih ramai orang melayu yang berguna, dapat berbakti kepada negara, dan sebab tulah aku pilih UiTM. Nampak macam klishe je jawapan aku, tapi inilah betul-betul sebab kenapa aku pilih UiTM. Dan aku sedar aku sendiri bukan seorang yang rajin belajar jadi aku cenderung untuk memilih UiTM daripada UM, UIA. Korang pun mesti tahu nak mohon UM dengan UIA result SPM korang kena gempak. Jadi aku tak mampu dan aku sedar dari awal.๐Ÿ˜‚

Next, selepas aku jumpa kos yang menarik perhatian aku, aku start buat research subjek-subjek yang akan aku belajar untuk setiap kos bagi setiap semester. Disebabkan aku nekad nak sambung dekat UiTM, jadi masa aku buat research untuk subjek setiap kos, aku akan tambah UiTM dekat belakang. Aku insert gambar seperti yang tertera di bawah sebab aku takut korang pening๐Ÿ˜† :
 Tapi, tak semua kos yang aku berminat ada senarai subjek bagi setiap semester. Jadi, korang kena rajin dan gigih lah buat research. Lepas dah jumpa, aku catatkan dalam buku nota yang tidak digunakan. Kenapa aku catat semua perkara tersebut? Sebab masa mohon UPU nanti, aku nak bandingkan antara banyak-banyak kos yang aku minat mana yang aku lebih layak, lebih berminat dan lebih aku suka untuk belajar. Dengan cara macam ni lebih senang untuk kita target hala tuju kita.

Ha lepas aku dah senaraikan subjek-subjek untuk setiap kos yang aku pilih, aku search pulak UiTM mana yang menawarkan kos-kos yang aku nak. Lepas tu aku catat dekat kos-kos yang berkaitan. Sebab dekat UPU nanti, dia tak keluar pon UiTM mana yang ada kos yang kita nak. Jadi, kita sendiri kena cari dan bersiap sedia untuk dicampak ke mana-mana UiTM di seluruh Malaysia.

Dan lepas result SPM aku keluar, aku dah bersiap sedia untuk mohon UPU sedangkan ramai kawan-kawan aku masih lagi buntu untuk mohon UPU. Jadi, aku harap sangat sedikit sebanyak pengalaman aku ni dapat membuka mata korang, budak lepasan SPM apa yang patut korang buat lepas menunggu keputusan SPM. ๐Ÿ’™



Idea untuk Mulakan Blog

Assalamualaikum, Hi. Sebenarnya aku dapat idea untuk buat blog tentang hala tuju untuk budak lepasan SPM ni sebelum aku tidur. HAHAHA dan aku sangat teruja untuk mulakan blog ni and sebenarnya sampai aku tak boleh tidur tapi aku tetap nak tidur sebab aku tak nak tengok result untuk sem 1, takut. Ye, aku baru sahaja habis sem1 aku dan aku akan start sem2 aku seminggu sahaja lagi.

Dalam blog aku ni, aku nak kenalkan dekat korang budak-budak lepasan SPM ada apa je hala tuju korang lepas SPM. Mungkin ada antara korang dah tahu hala tuju korang, kos apa korang nak ambil nanti, tapi ada yang tidak. Macam aku lepas SPM, aku sangat clueless nak sambung kos apa, dekat mana, tak tahu hala tuju sendiri, tak tahu nak buat apa, tak tahu nak start dari mana. So, sekarang aku dah faham dan tahu macam mana hala tuju lepas SPM ni, aku harap sedikit sebanyak dapat tolong korang :) in syaa allah aminn....

Hati-hati dengan Scammer

 Assalamualaikum, hi. So, dah lama aku tak update blog sendiri. Alasan? Ye, apa lagi? Aku malas. Lagipun takde siapa pun tengok blog aku. hm...